BAGAIMANA APARTMEN RM250K JADI LEBIH MAHAL DARIPADA APARTMEN RM400K

0
789
Sekarang ramai pemaju melancarkan projek baru dalam bentuk strata seperti apartmen dan kondominium.
Kepada pembeli dalam kalangan bangsa Cina kebanyakan mereka bijak memilih. Yang kurang bijak adalah kebanyakannya dalam kalangan pembeli berbangsa Melayu.
Bila ada dua projek menjual apartmen di mana projek pertama menjual pada harga RM250K dan projek kedua menjual pada harga RM400K, pasti ramai yang berfikiran RM250K itu murah tanpa membuat kiraan lanjut.
KIRA HARGA PER LUAS LANTAI
Untuk pembangunan strata kita perlu melihat harga per kaki persegi untuk mengetahui samada ia murah atau mahal.
Katakan yang berharga RM250K hanya untuk keluasan 450 kps manakala yang berharga RM400K untuk keluasan RM1,000 kps. Maka harga per kaki persegi:
RM250,000 ÷ 450 = RM555.56/kps
RM400,000 ÷ 1,000 = RM400/kps
Didapati yang berharga RM400K itu lebih murah berbanding yang berharga RM250K.
Kemudian mungkin boleh buat pelarasan berdasarkan perbandingan lokasi, kemudahan yang disediakan, kepadatan penduduk dan lain-lain untuk buat keputusan samada ianya berbaloi.

Tinggalkan Komen