BARU KERJA, NAK BELI RUMAH

0
154

Kalau anda baru kerja dan ada kesedaran nak beli rumah, itu petanda baik. Anda bercita-cita memiliki satu harta yang berpotensi meningkat nilai.
.
Namun, selain anda kaya semulajadi (anak orang kaya, banyak wang tunai), anda hampir pasti akan membuat pinjaman bank.
.
Bank tak bagi pinjaman perumahan kepada orang yang baru keluar belajar (baru bekerja) jika tak ada rekod penerimaan gaji, bayaran KWSP dan mungkin cukai pendapatan (potongan cujai berjadual).
.
Jadi anda sebenarnya perlu bekerja dan menyimpan rekod selama sekurang-kurangnya 8 – 10 bulan dahulu (minima 6 bulan, tapi sukar juga kalau cukup-cukup).
.
Adalah baik anda ikut langkah berikut dari awal lagi:
.
1. Mula menyimpan secara tetap. Letak dalam ASB (bukan buat pinjaman ASB). Jangan kacau. Ini akan jadi bantuan bila nak buat loan. (simpanan dalam satu akaun lain daripada akaun terima gaji).
.
2. Jangan beli kereta mahal. Sementara baru kerja ni belilah kereta Perodua yang murah misalnya. Boleh beli baru tak banyak penyakit.
.
3. Cukup je dengan loan kereta sebagai hutang bank. Jangan guna kad kredit. Jangan buat personal loan.
.
4. Bayar PTPTN ikut jadual.
.
5. Bagi lepas setahun dulu kerja. Pastikan 12 bulan ini jangan ada sekali pun lambat bayar loan bank dan PTPTN.
.
InshaAllah kalau ikut boleh lulus loan dengan mudah.
.

Tinggalkan Komen