BEGINI CARA PEMAJU LETAK HARGA

0
34

Bila pemaju buat fesibility studies, semua kos dimasukkan, termasuk tanah, binaan, infra, caj pembangunan, bayaran yuran professional, kos pasukan pengurusan serta keuntungan yang mereka mahukan. Itu semua dianggap KOS.
.
Harga jual BUKAN KOS + untung.
.
Bila nak jual, mereka hantar spy menyamar menjadi pembeli ke projek berdekatan, dapatkan semua maklumat daripada wakil penjual pemaju (salesperson). Itu kalau dah ada pembangunan seumpamanya sedang berjalan.
.
Maka pemaju cuma counter check sahaja maklumat mereka ada sebab pemaju yang sedang membina pasti telah buat feasibility studies, malah mereka sudah tahu berapa peratus unit telah terjual (take up sales) dengan harga yang diletakkan (termasuk rebat dan hadiah percuma).
.
Tetapi jika tiada pembangunan sekitar yang sama, pemaju akan melihat harga transaksi sub-sale di sana sebagai panduan harga untuk mereka letakkan. Bila dikatakan panduan, itu bermaksud mereka tidak jual murah daripada subsale walaupun mereka boleh buat dan masih banyak untung.
.
Bila mereka dah decide harga, pemaju akan compare dengan KOS di atas, adakah baik untuk mereka proceed sekarang atau tidak.

Tinggalkan Komen