LOT BUMI, SEKATAN KEPENTINGAN, PAJAKAN, PEGANGAN BEBAS & RIZAB MELAYU

0
852
1) LOT BUMI
Ini terma yang wujud jika anda beli daripada pemaju sahaja (pasaran primer) atau bila  di pasaran sekunder masih lagi geran induk yang memerlukan Developer’s Confirmation.
Satu kaedah yang dikuatkuasa oleh Kerajaan Negeri bagi mengawal pemilikan hartanah bumiputera.
Nota:
Bumiputera khususnya orang Melayu sebaiknya belilah unit bumi dan jangan beli lot bukan bumi yang mahal sikit dengan harapan di masa depan boleh jual dengan bukan bumi dengan harga mahal jika nyata memerlukan kebenaran memindahmilik.
2) SEKATAN KEPENTINGAN
Jika dalam geran tertulis sekatan kepentingan maka jual beli dan transaksi lain perlu mendapat kebenaran memindahmilik. Transaksi jual beli (3+1 bulan) hanya akan ‘bermula’ bila menerima kebenaran ini.
Sekatan kepentingan tiada kena-mengena dengan freehold atau leasehold. Cuma semua leasehold kena sekatan kepentingan manakala sebahagian kecil freehold ada sekatan kepentingan.
Contoh pegangan bebas tetapi ada sekatan kepentingan:
i) sebahagian kawasan di Kelana Jaya
ii) Cyberjaya
iii) Putrajaya
iv) Sendayan
Kalau geran individu dah keluar dan jika tertulis ada sekatan kepentingan, maka lebih mudah bagi bumiputera menjual kepada bumiputera. Kalau bumiputera nak cuba jual kepada bukan bumiputera pun boleh, tapi tak tahu berapa kali cubaan baru lulus atau mungkin tidak lulus langsung.
Bila bumiputera jual pada bumiputera tidak bolehlah harap dapat jual mahal sebab kuasa membeli bumiputera yang lemah.
3) PEGANGAN BEBAS & PAJAKAN
Pegangan bebas adalah pemilikan selama-lamanya. Walaupun majoriti status pegangan bebas tidak ada sekatan kepentingan tetapi contoh (2) di atas adalah pengecualian.
Pegangan pajakan pula adalah pemilikan dalam tempoh pajakan. Biasanya 99 tahun. Tempoh pajakan yang semakin berkurang boleh dinaikkan kembali dengan membuat permohonan dan bayaran premium kepada Kerajaan Negeri.
Nota:
Freehold tanpa sekatan kepentingan -> boleh jual harga tinggi -> pasarannya besar -> Melayu boleh jual kepada bangsa lain dengan mudah
Freehold tapi ada sekatan dan leasehold (ada sekatan) -> biasa sukar jual harga tinggi, malah banyak jual bawah harga pasaran -> pasaran lebih kecil -> Melayu lebih senang jual pada Melayu tapi kena jual murah
4) RIZAB MELAYU
Rizab Melayu hanya boleh dijual beli dalam kalangan orang Melayu sahaja. Dari segi penilaian, Rizab Melayu dinilai serupa dengan hartanah bukan Rizab Melayu.
Namun yang membuat harganya lebih rendah adalah kerana kurang permintaan atau pasaran yang kecil. Sudahlah hanya orang Melayu sahaja boleh beli, orang Melayu pun kadang tu tak nak beli.

Tinggalkan Komen