MENJUAL RUMAH YANG ADA SEKATAN KEPENTINGAN: BUMI KEPADA BUKAN BUMI

3
1126
Apabila Perunding Hartanah mengetahui yang rumah yang hendak dijual adalah kepunyaan bumiputera dan mempunyai sekatan kepentingan yang memerlukan kebenaran memindahmilik untuk dijual dan dipindahmilik, biasanya mereka akan menasihatkan tuan rumah untuk menjual kepada bumiputera juga.
Anda mungkin tertanya-tanya kenapa. Mari kita rungkaikan.

PERKARA ASAS

1. Jika ada sekatan kepentingan, bolehkah tuan rumah bumi menjual kepada bukan bumi?

Jawapannya adalah boleh. Nak jual pada sesiapa pun boleh.

2. Mengapa ditegah menjual kepada bukan bumi?

Setelah anda menjual dan mengambil deposit 10% anda pasti mahukan baki 90% dibayar dengan cepat. Tetapi memandangkan anda perlu mendapatkan kebenaran memindahmilik (tanggungjawab penjual), apabila keadaan ini berlaku (bumi kepada bukan bumi), ia akan mengambil masa yang sangat lama.

3. Berapa lama untuk dapat kebenaran?

Jika bumi menjual kepada bumi atau bukan bumi menjual kepada bumi (pendek kata yang membeli adalah bumi), ia secepat satu bulan (biasa).

Jika bumi menjual kepada bukan bumi, ia boleh jadi ditolak beberapa kali dan perlu melalui proses rayuan. Walaupun telah dirayu beberapa kali belum tentu diluluskan.

Kes yang paling lama pernah didengari adalah selama 2 tahun. Dan balasan terakhir daripada kerajaan negeri adalah diarah tidak boleh dipindahmilik untuk 2 tahun mendatang.

4. Adakah cara tertentu untuk mendapatkan kebenaran jika bumi menjual kepada bukan bumi?

Ada. Si penjual sakit teruk dan memerlukan duit untuk rawatan (perlu dokumen sokongan) dan telah membuktikan tiada pembeli bumi yang ingin membeli (perlu sokongan iklan jualan). —> boleh minta nasihat peguam. Tempoh masanya bukan juga sekejap kerana perlukan menunjukkan usaha penjual.

5. Nampaknya sukar untuk bumi menjual kepada bukan bumi. Bagaimana kalau bumi jual kepada bumi adakah apa-apa risiko?

Satu-satunya risiko menjual dengan bumi adalah ‘tidak dapat nak jual mahal’. Diketahui kuasa membeli bumi sangat lemah. Maka mereka sekadar membeli pada harga pasaran atau di bawah harga pasaran. Jarang sangat yang akan membeli di atas harga pasaran.

Nota:

Jika penjual bumi mahu juga menjual kepada bukan bumi dan pembeli sanggup menunggu, keseluruhan 10% deposit akan disimpan oleh agensi (3.18%) dan peguam (6.82%) sehingga kebenaran diterima (kalau 2 tahun pun kena simpan 2 tahun lah).

Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani adalah perjanjian bersyarat.

Dalam keadaan ini sanggupkah penjual mendapat 100% duit selepas tempoh yang lama sedangkan nilai hartanah telah meningkat?

3 Komen

  1. Saya rasa macam unfair dengan approval yang ambik masa setahun atau pyn belum tentu boleh dapat approval
    Bukan saja Bumi tak mampu beli rumah mahal(yang kaya sudah terlebih kaya yang misking je sengsara dan ada jugak non bumi yang tak mampu nak beli rumah yang mahal😑😑😑
    Leasehold yanga ada sekatan dan hanya boleh dipindah milik dengan approval tu macammaba owner dia kalau non bumi?I pasti tak de masalah kan walaupun title itu ada sekatan..betul tak

Tinggalkan Komen