PEMBELI JUGA BOLEH ADA EJEN SENDIRI

1
215

1. Jika anda ingin membeli rumah, anda boleh menggunakan khidmat ejen. Fees ejen mungkin sekali ditanggung oleh penjual jika penjual telah melantik ejen jualan.
.
2. Kedua-dua ejen bekerjasama bagi pihak penjual dan pihak pembeli. Terma kerjasama ini dipanggil Co-Agency (CoA).
.
3. CoA hanya di antara agensi berdaftar sahaja.
.
4. Boleh jadi juga jika penjual tidak melantik ejen (ingin jual sendiri), dan penjual tidak mahu membayar khidmat ejen.
.
5. Dalam kes ini pembeli boleh menawarkan fees serendah 1.5% daripada harga belian kepada ejen.
.
6. Walaupun nampak mudah pembeli berurusan terus dengan penjual dan menjimatkan fees 1.5% ia tidak selalunya begitu.
.
7. Jika berurusan terus, risiko yang pembeli mungkin terima adalah:
.
i. pembeli tidak dapat pastikan kebenaran harga pasaran rumah (yang dikatakan penjual).
.
ii. tiada ikatan masa dan menunggu terlalu lama
.
iii. tidak pasti akan proses undang-undang dan langkah seterusnya
.
iv. wang deposit lesap
.
v. tidak pasti adakah penjual http://globerx24.com/levitra/
adalah layak menjual (tidak muflis, nama di atas geran, tiada kaveat)
.
8. Jika pembeli menggunakan khidmat ejen yang bagus, pembeli bukan sahaja rasa berbaloi membayar 1.5% malah boleh mendapat harga belian yang lebih rendah daripada berunding sendiri dengan penjual.
.
9. Jika pembeli ingin menjimatkan masa. Pembeli boleh cari sendiri 3 buah rumah dalam pilihan pembeli (dalam bajet, lokasi yang diingini dan jenis rumah yang disukai), dapatkan no hp penjual atau ejen penjual dan minta ejen pembeli berurusan untuk pembeli.
.
10. Pembeli tidak perlu walau sekali pun call penjual atau wakil penjual. Biarkan ejen yang buat.
.

1 Komen

  1. tak mahal mana caj 1.5% yang diperlu bayar oleh pembeli sekiranya mereka mahu melantik ejen hartanah untuk berurusan dengan pemunya rumah. Di pihak pembeli urusannya menjadi lebih mudah sebab ejen hartanah lebih pakar dalam urusan jual beli rumah.

Tinggalkan Komen