SAYA BELI RUMAH LOT BUKAN BUMI DARIPADA PEMAJU. SAYA BUMI

0
983
Ini memang selalu didengari dalam kalangan penjual hartanah berbangsa Melayu. Mereka mungkin tidak faham apa yang mereka buat atau semasa membeli dahulu mereka kena tipu dengan jurujual.
Ada juga yang keluar kenyataan berbangga, “masa beli daripada pemaju, saya tak ambil diskaun bumi, jadi ini lot bukan bumi, boleh jual pada bukan bumi, boleh jual mahal”.

KALAU PERLU KEBENARAN KERAJAAN NEGERI TENGOK SIAPA TUAN PUNYA (PENJUAL)

Semua hartanah pajakan perlu kebenaran kerajaan negeri untuk memindahmilik. Sebahagian hartanah pegangan bebas perlu kebenaran (kena baca pada geran). Asalkan kena minta kebenaran, kita hanya perlu lihat siapa penjualnya.
i. penjual bumi –> kena jual kepada bumi mudah dapat kebenaran. kalau jual kepada bukan bumi peluang untuk dapat kebenaran sangat tipis atau hampir mustahil
ii. penjual bukan bumi –> jual lah kepada siapa pun, pasti dapat kebenaran
iii. pembeli bumi –> beli lah daripada sesiapa, pasti dapat kebenaran, tetapi bila satu hari nanti nak menjual balik akan jadi perkara (i) di atas
APA MASALAHNYA KALAU BUMI CUBA JUAL JUGA KEPADA BUKAN BUMI
Jika anda seorang bumi dan cuba menjual kepada bukan bumi serta perlu mendapatkan kebenaran maka perkara berikut boleh terjadi:
i. Perjanjian Jual Beli anda adalah bersyarat dan boleh dibatalkan tanpa perlu membayar pampasan atau menerima pampasan daripada mana-mana pihak. kerugian kerana menunggu ditanggung masing-masing
ii. mendapat kebenaran dalam cubaan pertama adalah mustahil kecuali ada ‘kabel fiber optik’
iii. beberapa kali perlu merayu (dibuat oleh penjual atau melalui peguam penjual), masih belum tentu dapat kebenaran
iv. sepanjang urusan mendapatkan kebenaran, segala deposit disimpan oleh agensi hartanah (3.18%) dan peguam (6.82%). jika setahun tak dapat kebenaran, maka setahun deposit ada pada mereka. anda tak dapat satu sen pun (mereka juga)
v. ada kes yang diketahui sudah dua tahun merayu, akhirnya satu surat dikeluarkan ‘hartanah ini tidak boleh dipindahmilik untuk 2 tahun akan datang’. boleh pitam penjual kalau dia memang nak guna duit (2 tahun menunggu tambah 2 tahun tak boleh jual)
NOTA:
Penjual bumi perlu menerima hakikat kuasa membeli pembeli bumi tak sekuat bukan bumi maka mereka tak boleh mengharapkan harga yang luar biasa mahal.
Namun jika mereka mengharapkan bukan bumi untuk membeli mahal, siap sedia lah mental mengahadapi cabarannya.

Tinggalkan Komen