TIPS PANTAS PASAL TANAH

0
98

1. Freehold biasanya tanah asal dulu-dulu ladang.
.
2. Tanah lombong biasanya leasehold.
.
3. Leasehold tidak semestinya murah. Kota Damansara semuanya leasehold.
.
4. Freehold tidak semestinya tidak perlu consent. Ada juga perlu consent seperti Cyberjaya, Putrajaya, sebahagian Kelana Jaya, Sendayan.
.
5. Freehold atau leasehold pun kerajaan boleh ambil jika ikut prosedur betul melalui Land Acquisition Act.
.
6. Status freehold dan leasehold tidak boleh bertukar melainkan berlaku almalgamation.
.
7. Rezab Melayu hanya boleh dijualbeli oleh Melayu walaupun freehold.
.
8. Freehold bukan bermaksud boleh jual kepada sesiapa sahaja. Itu kena lihat sekatan kepentingan (state consent) jika ada.
.
9. Leasehold boleh disambung leasenya kerana di Malaysia jika kerajaan ambil balik akan jadi isu politik. Contohnya Petaling Jaya.
.
10. Bumi lot dan bukan bumi lot adalah kuota yang dikenakan kepada pemaju. Masuk subsale kalau dah ada geran individu dan strata, rujuk sekatan kepentingan. Tiada lagi bumi lot atau bukan bumi lot.

Tinggalkan Komen